27 Julai 2016


Seorang bayi yang baru lahir mati selepas diberikan ‘gas ketawa’ dan bukannya oksigen akibat kekeliruan di sebuah hospital di Australia, manakala seorang lagi bayi cacat, kata pihak berkuasa semalam.

Seorang doktor mendedahkan kejadian tersebut selepas bayi lelaki itu meninggal dunia secara tiba-tiba awal bulan ini. Beberapa ujian mendapati soket pada dinding Hospital Bankstown-Lidcombe di Sydney itu menyalurkan gas nitrus oksida dan bukannya oksigen.

Seorang bayi perempuan pula sedang bertarung nyawa selepas tersilap diberikan gas itu pada Jun lalu.

Menteri Kesihatan New South Wales, Jillian Skinner yang telah mengarahkan siasatan dijalankan berkata, beliau amat sedih kerana ‘kesilapan tragis’ itu.

“Nasib baik hanya dua bayi yang terjejas. Saya diberi jaminan bahawa tiada kes lagi seumpamanya.” kata Skinner kepada pemberita di sini.

Insiden kesilapan gas itu berlaku kurang enam bulan selepas pendedahan berpuluh-puluh pesakit kanser di sebuah hospital lain diberikan dos kemoterapi salah sejak 2012.

Skinner bagaimanapun berkata, beliau tidak merancang untuk meletak jawatan.

“Jika didapati terdapat kecuaian sepenuhnya, sesuatu yang saya secara peribadi dapat menghalangnya, mungkin saya akan meletak jawatan. Namun, saya tidak yakin situasi itu berlaku dalam kes ini,” katanya.

Bapa saudara bayi malang itu, David Kharma berkata, keluarga mangsa terkejut dengan apa yang berlaku.

“Anda tidak menyangka perkara seperti ini masih berlaku di sebuah negara maju pada abad ke-21,” katanya kepada Perbadanan Penyiaran Australia.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!