13 Julai 2016


Gara-gara terjatuh dan luka semasa dipercayai ponteng sekolah, seorang murid tahun enam sebuah sekolah di Kuala Perlis di sini, sanggup menipu bapanya kononnya dia dikejar tiga lelaki yang ingin menculiknya semalam.

'Insiden' yang kononnya berlaku di Plaza Kuala Perlis pada pukul 2.30 petang itu bagaimanapun terbongkar hasil soal siasat anggota polis selepas bapanya membawanya ke Balai Polis Kuala Perlis.

Kisah murid itu yang kononnya cuba diculik turut tersebar dalam aplikasi Whatapps hari ini sehingga menimbulkan rasa cemas dalam kalangan ibu bapa yang anak mereka bersekolah di kawasan itu.

Berita yang disebarkan itu menasihati para ibu bapa agar berhati-hati supaya anak masing-masing tidak menjadi mangsa selain meminta menjemput dari sekolah bagi memastikan keselamatan mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintenden Azahar Muda mengesahkan tiada kes penculikan dan memaklumkan apa yang berlaku hanyalah rekaan cerita murid terbabit.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!