14 Julai 2016


China dengan sokongan orang terkaya di negara itu mewujudkan perjanjian dengan FIFA untuk menjadi tuan rumah pertama Piala China bermula tahun depan.

Pertandingan itu akan menampilan pasukan kebangsaan negara itu menentang tiga pasukan ‘kelas pertama’ antarabangsa dengan harapan membuka jalan buat pasukan bola sepak negara itu mencapai kegemilangan.

Bilionair hartanah kaya raya China Wang Jianlin, memiliki konglomerat Dalian Wanda yang menjadi penaja tahap tinggi FIFA berkata, kumpulannya dan Persatuan Bola Sepak China akan menganjurkan pertandingan itu di bandar Nanning terletak di selatan China.

Sebanyak empat perlawanan akan berlangsung dalam tempoh seminggu yang akan diadakan setiap Januari.

Kelab Eropah biasanya tidak beraksi ketika itu sekali gus memberi peluang kepada skuad negara itu bertemu pasukan terbaik seperti diharap oleh China.

"Kami meletak sasaran muncul pertandingan bola sepak terbaik di Asia," kata Wang kepada media di Beijing.

China layak secara automatik pada pertandingan itu dan ia akan membolehkan mereka mengutip mata ranking global. China kini berada pada ranking ke 81 dunia dan berada di bawah Equatorial Guinea dan Haiti.

China sedang membuat persiapan mendapatkan tempat pada Piala Dunia 2018.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!