14 Julai 2016


Dari hari ke hari macam-macam kes jenayah siber timbul. Jika dulu banyak kes penipuan cinta yang dilakukan sindiket Love Scam, Romance Scam atau Parcel Scam kini muncul pula sindiket Sextortion Scam atau sindiket peras ugut seks.

Bezanya sindiket Love Scam, Romance Scam dan Parcel Scam, penjenayah mefokuskan kaum wanita untuk ditipu manakala sindiket peras ugut seks pula memilih kaum lelaki untuk diperbodohkan.

Modus operandi peras ugut seks, ahli-ahli sindiket itu pada mulanya akan mencari mangsa-mangsanya menerusi laman sosial Facebook sebelum menyeret mereka berkomunikasi menerusi aplikasi chat video Skype atau WeChat.

Menerusi komunikasi secara langsung itu, ahli sindiket yang terdiri dalam kalangan wanita akan menggoda mangsa-mangsa lelaki sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk berbogel.

Tindakan itu, tanpa disedari mangsa-mangsa dirakam oleh ahli sindiket.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!