27 Julai 2016


SYRIA. Walaupun  sedang bergelut dengan konflik yang berpanjangan di Syria, para pengemar kepada permainan Pokemon Go dinegara yang sering dibadai peperangan itu nampaknya tidak menghiraukan situasi berkenaan.

Memetik laporan AFP, melaporkan bahawa para pengemar permainan aplikasi tersebut turut 'memeriahkan' permainan alaf baharu itu di negara berkenaan.

Menerusi tinjuan yang dilakukan mendapati para pemain permainan itu dilihat begitu 'excited' bermain permainan itu dengan 'memburu' pokemon di kawasan-kawasan runtuhan bangunan akibat perang.

Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, para pengemar permainan itu terus mencari pokemon dan ada diantaranya dilihat berjaya mendapatkan pokemon itu.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!