28 Julai 2016


Kuwait City: Pihak berkuasa di sini mengambil keputusan untuk mengusir seekor monyet ke negara asalnya, Indonesia, selepas haiwan itu disahkan ketagih dadah.

Monyet berkenaan ditemui dalam keadaan terhuyung-hayang sejurus selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bersama-sama tuannya.

Pemeriksaan yang dijalankan terhadap kedua-duanya mendapati mereka khayal kerana mengambil dadah.

“Polis yang menyoal siasat tuannya selepas kemalangan mendapati dia dan haiwan peliharaannya mengambil dadah sebelum kemalangan.

“Lelaki itu juga mengaku monyet berkenaan penagih, sama sepertinya,” lapor akhbar Al-Rai.

Monyet berkenaan diserahkan kepada sebuah zoo di Kuwait City sementara menunggu masa untuk diusir.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!