13 Julai 2016


Seorang peserta pertandingan ratu cantik terpaksa disingkirkan dari pertandingan itu selepas dia didapati pernah membuli pelajar lain ketika dibangku sekolah.

Sebaik sahaja nama Jennifer Folgar dicalonkan untuk mewakili Coban di Guatemala bagi pertandingan ratu cantik Miss Teen Latina, satu rakaman video dia sedang membuli pelajar disekolahnya telah tersebar di media sosial.

Rakaman tersebut menunjukkan Jeniffer telah menolak seorang pelajar perempuan ke dinding sebelum menampar mukanya. Malah, dia juga dikatakan telah menghina pelajar terbabit.

Pihak penganjur terpaksa menggugurkan namanya dari pertandingan tersebut kerana pertandingan ini bukan hanya menilai pada kecantikan rupa paras sahaja, mereka juga menitikberatkan kecantikan dalaman.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!