27 Julai 2016


Isu pilihan raya negeri Pulau Pinang dilihat masih tidak berkesudahan apabila PKR malam ini telah memutuskan bahawa mereka tidak bersetuju dengan perkara tersebut dan beranggapan ia belum lagi boleh dilakukan dalam masa terdekat.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan menyeluruh termasuk mengambil kira pandangan masyarakat.

“Mesyuarat telah memutuskan secara sebulat suara bahawa PKR masih belum yakin dengan cadangan tersebut.

“Walau bagaimanapun, kita tetap bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan parti rakan dalam pakatan pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Khas hampir tiga jam malam ini.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan Lim Guan Eng memberitahu bahawa DAP akan memberi masa kepada rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang untuk berbincang sebelum membuat keputusan mengenai pilihan raya negeri itu.

Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang berkata, PKR juga akan menghantar satu delegasi pimpinan tertinggi parti itu untuk menerangkan pendirian mereka kepada DAP dalam masa terdekat.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!