27 Julai 2016


Seorang ratu cantik Colombia dihukum penjara 15 tahun selepas didapati bersalah menyeludup dadah seberat 610 gram oleh sebuah mahkamah di China.

Agensi berita Yangcheng Evening News berkata, dadah itu dijumpai tersembunyi di dalam sebuah komputer riba milik wanita itu ketika berada di sebuah lapangan terbang di selatan bandar Guangzhou pada bulan Julai tahun lepas.

Juliana Lopez Sarrazola, 23, dijatuhi hukuman itu semalam dan akan diusir keluar dari negara itu sebaik sahaja selesai menjalani hukuman.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!