21 Julai 2016


Majlis Dakwah Negara (MDN) digesa memandang serius terhadap kelekaan sebahagian besar umat Islam dalam menjalani tanggungjawab menunaikan solat fardu.

Pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata, kejayaan resolusi tidak akan dicapai sekiranya tuntutan asas agama itu tidak dapat diselesaikan.

“Banyak kajian telah melaporkan antara 70 hingga 80 peratus orang Islam yang sudah akil baligh di negara ini tidak solat lima waktu.

“Dalam mana-mana resolusi, kita harus ingat bahawa, bila kita rapatkan hubungan dengan ALLAH, maka ALLAH akan merapatkan hati manusia,” katanya ketika menyampaikan usul di Perhimpunan Agamawan Kebangsaan, di Hotel Bangi-Putrajaya Bandar Baru, di sini, hari ini.

Perhimpunan anjuran bersama MDN, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Persatuan Ulama Malaysia dan Majlis Alumni Pengajian Islam Kebangsaan Malaysia itu dihadiri kira-kira 300 peserta.

Katanya, MDN harus menubuhkan satu gerak kerja yang lebih serius dalam menangani perkara tersebut sebelum menyentuh perihal lain.

“Hal ini lebih serius daripada isu dadah. Kalau masalah asas ini pun belum selesai, jangan cakap mengenai perpaduan sebab kita masih kurang ajar dengan ALLAH,” katanya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!