28 Julai 2016


Bintang bola sepak Brazil Neymar suka berparti serta berfoya-foya dan dia tidak akan memohon maaf mengenainya.

Pada satu sidang akhbar tegang semalam di pusat latihan pasukan bola sepak Olimpik Brazil bagi temasya Rio, penyerang Barcelona itu memberitahu wartawan dia tidak akan mengubah cara hidupnya itu.

“Saya berusia 24 tahun. Saya pun buat silap, saya tak sempurna. Saya suka keluar dan berseronok dengan rakan. Kenapa saya tak boleh keluar dan berparti? Kenapa tidak?” kata Neymar di pusat latihan di Teresopolis.

Ketika dilihat semakin bengang, bintang Barcelona itu meneruskan: “Saya tak nampak sebarang masalah. Ia kehidupan peribadi saya. Di padang, saya sering memberikan yang terbaik.”

Seorang wartawan bertanyakan Neymar apa peranannya dalam pasukan kebangsaan memandangkan dia sering digantung baru-baru ini selain dikesan keluar ke kelab malam selepas seri 2-2 dengan Uruguay pada kelayakan Piala Dunia 2018, perlawanan yang menyaksikannya dilayang kad kuning.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!