11 Ogos 2016


Satu laporan dalaman dari pusat tahanan imigresen Australia yang bocor di Pulau Nauru mendedahkan berlaku penganiayaan besar-besaran terutamanya terhadap kanak-kanak di pusat itu.

Menurut laporan Guardian Australia yang menerbitkan laporan berkenaan, semalam lebih daripada 2,000 insiden dilaporkan dari Ogos 2013 hingga Oktober 2015 yang merekodkan penyeksaan dan trauma yang dialami pencari suaka yang ditahan di pulau terpencil di Pasifik itu.

“Satu aduan yang diterima daripada pencari suaka politik itu adalah seorang anggota keselamatan wanita menghalakan obor kepada bahagian sulit anak perempuannya,” kata laporan berkenaan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!