4 Ogos 2016


CHINA . Nampaknya konsep lakaran 'bas terangkat' yang sebelum ini dikatakan mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas sebanyak 35 peratus hampir menjadi realiti.

Perkara tersebut didedahkan dalam laporan Xinhua News yang mengatakan sebuah model Transit Elevated Bus (TEB) sedang diuji di bandar Qinhuangdao.

Ujian tersebut kini memasuki fasa ujian penggunaan elektrik dan sistem hentian kecemasan.

TEB yang digerakkan sepenuhnya menggunakan kuasa elektrik berukuran 72 kaki panjang dan 25 kaki lebar mampu membawa 300 penumpang pada satu-satu masa.

TEB juga diramal mampu mencapai kelajuan 65 kilometer per jam, menjadikannya sistem pengangkutan awam yang laju.

Lakaran konsep TEB sebelum ini menunjukkan bas berkenaan akan berjalan di atas jalan raya dan 'diatas trafik'.

Kenderaan awam yang lain akan melalui ruang khas di bahagian bawah bas berkenaan dan sebarang operasi bas henti-henti tersebut tidak akan mengganggu trafik.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!