2 Ogos 2016


AMERIKA SYARIKAT. Empat remaja di LaGrange, Georgia bertekad mencari kerja bagi mengelakkan mereka terlibat sebarang masalah termasuk terjebak dengan gejala samseng di kawasan mereka, lapor Fox 5.

Nasib baik buat mereka apabila hasrat tersebut disambut baik oleh seorang wanita.

Zsa Zsa Heard yang bekerja di LaGrange Housing Authority di Georgia berkongsi kisah itu di laman Facebooknya, Khamis lalu.

"Mereka ke pejabat saya hari ini dan meminta agar diberikan pekerja. Ketika saya tanya kenapa mereka mahu kerja, mereka menjawab 'supaya kami tidak terlibat sebarang masalah dan kami tak mahu masuk mana-mana geng'.

"Kemudian saya tanya ' ada sesiapa yang mendekati kamu dan mengajak kamu masuk geng? Mereka jawab ada," katanya.

Sebaik mendengar jawapan keempat-empat remaja lelaki itu, Heard terus mengambil mereka bekerja tanpa banyak soal.

Gambar yang dimuatnaiknya itu dikongsi hampir 600 kali malah tindakan Heard itu mendapat pujian pengikutnya di Facebook.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!