18 Ogos 2016


Neymar menjaringkan dua gol, termasuk gol terpantas dalam sejarah Olimpik selepas membelasah Honduras 6-0, sebentar tadi dan kini, Brazil berpeluang membalas dendam ke atas Jerman dalam perebutan pingat emas.

Kedua-dua pasukan akan bertemu di Maracana pada Sabtu ini, hanya dua tahun selepas Jerman mengaibkan Brazil 7-1 di pentas separuh akhir Piala Dunia 2014 di stadium sama.

Juara dunia, Jerman mara ke pentas akhir buat kali pertama sebagai negara bersatu apabila menumbangkan Nigeria 2-0 di Sao Paulo hasil jaringan Lukas Klostermann dan Nils Petersen.

Neymar sebelum ini dicemuh gara-gara prestasi hambar dalam dua perlawanan pertama yang menyaksikan Brazil sekadar seri tanpa jaringan. Namun, dia kembali menjadi 'budak emas' The Selecao apabila membuka tirai jaringan selepas 15 saat aksi.

Penyerang sensasi Barcelona itu mencuri bola daripada Johnny Palacios di kawasan kotak penalti Honduras sebelum mudah menewaskan penjaga gol lawan Luis Lopez.

Tonggak baharu Manchester City, Gabriel Jesus menambah luka Honduras dengan dua jaringan sebelum berakhir babak pertama.

Pertahanan Paris Saint-Germain, Marquinhos menjadikan kedudukan 4-0 enam minit selepas bersambung babak kedua sebelum Luan dan Neymar yang menyempurnakan penalti untuk gol kedua perlawanan melengkapkan pesta bergaya tuan rumah itu.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!