24 Ogos 2016


HUNGARY. Cadangan seorang ahli parlimen berhaluan kanan supaya menggantung kepala babi untuk menghalang pelarian beragama Islam dari memasuki negara berkenaan dikecam orang ramai.

Laporan Sky News mengatakan Gyorgy Schopflin mencadangkan idea tersebut di Twitter ketika membalas ulasan pengarah NGO, Human Rights Watch berkenaan penggunaan akar pokok yang diukir seakan kepala manusia di kawasan sempadan.

"Pelarian melarikan diri dari peperangan dan penyeksaan, Hungary. Kepala yang diperbuat dari akar pokok awak tak akan menghalang mereka," kata Pengarah Human Rights Watch, Andrew Stroehlein.

"Mungkin. Bayangan manusia adalah haram (terhadap pelarian Islam). Kepala babi mungki akan menghalang mereka dengan lebih efektif," kata Gyorgy.

Andrew kemudian menuduh Gyorgy menyebarkan xenophobic (pendapat prejudis) di laman sosial.

"Kata-kata awak menjijikkan. Saya mungkin mendengar cadangan tersebut dari seseorang dari fahaman neo-Nazi. Tapi awak ahli parlimen. Berperangailah seperti ahli parlimen," tambah Andrew.

Selepas dikecam orang ramai, Gyorgy akhir meminta maaf.

Hungary sebelum ini dikecam kerana memasang pisau cukur di pagar sempadannya untuk menghalang kemasukan pelarian.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!