18 Ogos 2016


Kota Tinggi: “Saya pernah memakai topeng mulut ke tempat kerja kerana malu dengan keadaan muka yang teruk,” kata seorang pembantu jualan di sebuah pasar raya, di sini, yang menderita kerana kulit wajahnya menjadi lebam dan kehitaman selepas menggunakan sejenis produk krim kecantikan beberapa bulan lalu.

Akibat keadaan kulit mukanya, pembantu jualan berkenaan, Zainani Zakaria, 48, mengalami tekanan perasaan kerana malu berdepan orang ramai, apatah lagi ketika di tempat kerja.

Menurut Zainani, sebelum ini, dia mencuba produk kecantikan disarankan kenalannya tahun lalu, namun terpaksa berhenti memakai produk berkenaan kerana tidak tahan dengan kosnya yang mahal.

Katanya, dia kemudian beralih kepada produk kosmetik lain, malangnya kulit mukanya mula bermasalah apabila seolah-olah ditumbuhi panau.

Dia berkata, mengambil kira nasihat rakannya yang memberitahu ia adalah kesan berhenti menggunakan produk kosmetik sebelumnya, dia kemudian kembali menggunakan produk lama
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!