3 Ogos 2016


Gambar seorang bayi pe-rempuan menjadi viral di laman media sosial baru-baru ini selepas memberi kejutan kepada ibu bapanya dengan menunjukkan isyarat ‘okey’ sebaik sahaja dilahirkan.

Menurut laporan portal Mail Online, gelagat bayi berkenaan memandang lensa kamera sambil jarinya menunjukkan isyarat tersebut dikongsi menerusi portal Imgur Online oleh ibu bapa bayi itu.

“Anak perempuan saya dilahirkan pada pukul 2 pagi dan dia memberikan kami tanda ‘okey’,” jelas ibu bapa kepada bayi berkenaan.

Gambar itu kini mendapat tontonan tinggi iaitu sebanyak 4.4 juta kali dan menerima pelbagai reaksi ramai yang kagum dengan aksi comel bayi itu.

Salah seorang pengguna yang menggunakan nama Twofishtails1 berpendapat, bayi tersebut merupakan anugerah istimewa dan bakal membesar menjadi kanak-kanak yang bijak.

“Itu merupakan isyarat luar biasa untuk bayi yang baru lahir,” jelasnya.

Seorang lagi pengguna turut mengatakan isyarat tersebut memberi petanda ‘masalah kekurangan tidur’ yang bakal dihadapi kedua ibu bapanya.

“Bayi anda sebenarnya memberi isyarat nombor ‘kosong’ iaitu jumlah waktu tidur anda pada masa depan. Tahniah,” kata pengguna yang menggunakan nama GuardianOfTheHamster.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!