23 Ogos 2016


Dua jurulatih gusti Mongolia menanggalkan pakaian mereka kerana membantah keputusan perlawanan merebut pingat gangsa, tindakan mengejut pada hari di mana kepengadilan dikritik teruk.

Adegan itu bermula apabila Ikhtiyor Navruzov dari Uzbekistan dilihat pasti tewas setelah ketinggalan kepada wakil Mongolia, Mandakhnaran Ganzorig 6-7 dalam kategori 65 kilogram.

Uzbekistan membantah kedudukan mata, mendakwa penggusti Mongolia itu melarikan diri ketika dia sepatutnya terus berlawan kerana dia berpusing di keliling gelanggang untuk meraikan kejayaannya ketika perlawanan masih berbaki 10 saat.

Navruzov, yang perlawanannya dalam suku akhir sebelum ini menyaksikan semua tiga pegawai pertandingan dinyahkan selepas dipertikaikan kerana membuat keputusan lewat, memenangi bantahannya dan juga perlawanan dengan Ganzorig itu.

Ganzorig, yang telah mula meraikan kejayaannya, melutut dengan rasa kecewa.

Jurulatihnya pula bertindak dengan lebih mengejutkan.

Byambarenchin Bayaraa menanggalkan kasut dan baju dan melemparkannya ke atas tikar gelanggang di hadapan pengadil.

Tsenrenbataar Tsostbayar pula menanggalkan pakaiannya sehingga hanya tinggal seluar dalam. Penonton pula mula bersorak ‘Mongolia! Mongolia!’

“Ini adalah satu protes. Ada masalah dengan kepengadilan. Tiga juta orang di Mongolia menantikan pingat gangsa ini dan sekarang kami tiada satu pingat pun,” kata Bayaraa.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!