4 Ogos 2016


Filem Kabali mencipta fenomena tersendiri di sebalik kontroversi jalan ceritanya apabila kutipan jualan tiket mencecah RM12 juta dalam tempoh tujuh hari tayangan di pawagam seluruh negara.

Diterajui bintang Tamil tersohor, Shivaji Rao atau lebih dikenali sebagai Rajinikanth, filem itu kini ditayangkan di 498 layar perak di seluruh negara sejak 22 Julai lepas.

Penerbit bersama filem itu, Datuk Abdul Malik Dashtigeer berkata, respons luar biasa itu datang daripada peminat-peminat filem Tamil dan pe­minat-peminat Rajinikanth sen­diri.

“Hasil jualan tiket Kabali di Malaysia dalam tempoh tujuh hari mencatat RM12 juta setakat hari ini (semalam).

“Namun kutipan bagi Kabali versi bahasa Melayu belum dapat dipastikan kerana ia baru menemui peminat di pawagam Jumaat lalu,” kata Abdul Malik ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!