24 Ogos 2016


Tiada keperluan untuk melantik bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin mendaftarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi), sebagai Ketua Pembangkang yang baharu buat masa ini.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya juga berpuashati dengan 'pencapaian dan prestasi' Ketua Pembangkang ketika ini, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

"Kami tiada masalah dengan Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang. Untuk tukar kepimpinan, bukan bergantung kepada PAN sahaja tetapi juga parti-parti yang lain dan juga bergantung kepada calon-calon yang 'available'.

"Apa jua, ianya diputuskan secara bersama. Saya yakin, satu konsensus perlu dicapai untuk tentukan siapa yang boleh dijadikan Ketua Pembangkang. Ramai juga berpotensi dan boleh dipertimbangkan untuk dilantik menjadi pemimpin melihat kepada hasil pilihan raya umum kelak.

"Cuma setakat ini tidak nampak ada keperluan untuk tukar," katanya dalam sidang media di pejabat parti tersebut di sini hari ini.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!