30 Ogos 2016


Sebuah per­kampungan di kawasan pedalaman China di wilayah Anhui, di­gelar ‘kampung bujang’ kerana­ terdapat jumlah yang ramai pen­duduk lelaki yang belum berkahwin di kawasan tersebut.

Menurut agensi berita BBC, terdapat lebih 100 lelaki di per­kampungan Laoya di utara Chi­na yang belum menemui pasa­ngan hidup kerana keadaan kam­­pung itu yang agak terpencil tan­pa kemudahan pengangkutan moden.

Mereka yang ingin memasu­ki perkampungan tersebut ter­paksa menggunakan jalan tanah merah selama beberapa jam se­belum perlu berjalan kaki me­rentasi kawasan yang agak curam.

“Saya tidak dapat mencari teman hidup. Wanita kampung ini berhijrah ke tempat lain untuk bekerja, jadi bagaimana hendak mencari jodoh?.

“Kemudahan pengangkutan juga begitu sukar di sini. Kami ti­dak boleh pergi ke seberang sungai apabila musim hujan, justeru kebanyakan wanita tidak mahu tinggal di kampung ini,” kata seorang penduduk, Xiong Jigen.

Jigen turut mengakui pernah­ berkenalan dengan seorang wa­nita melalui agensi mencari jodoh, namun hubungan mereka putus di tengah jalan kerana wa­nita tersebut tidak dapat menerima keadaan di kampung itu.

Selain terpencil, jumlah lelaki ‘bujang terlajak’ di China mening­kat kerana populasi penduduk lelaki yang lebih tinggi berbanding wanita.

Data terkini menunjukkan terdapat kira-kira 115 bayi lelaki dilahirkan ba­gi setiap 100 bayi pe­rempuan di negara ini.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!