11 Ogos 2016


Di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) untuk Olimpik, pemenang pingat emas akan menerima RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000, perak RM600,000 dan pencen bulanan RM3,000 manakala gangsa RM100,000 serta pencen bulanan RM2,000.

Pasangan itu me­raih pingat perak acara 10 meter (m) platform seirama wanita untuk pingat pertama negara di Sukan Olimpik Rio, selepas mengumpulkan 344.34 mata di belakang pemenang emas dari China manakala gandi­ngan Kanada mendapat gangsa.

Pandelela sebelum ini menjadi atlet wanita pertama Malaysia memenangi pingat Sukan Olimpik apabila mendapat gangsa dalam acara 10m platform individu pada edisi London, empat tahun lepas.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, Pandelela dan Jun Hoong akan berkongsi sama rata hadiah wang tunai RM600,000 manakala pencen bulanan itu akan bermula serta-merta.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!