11 Ogos 2016


Serdang: Seorang guru taska yang mahu memulakan tugas tergamam sejurus menemui seorang penjenayah berseluar dalam lena tidur di dalam taska berkenaan awal pagi semalam.

Lebih pelik apabila penjenayah memecah masuk sebuah taska di Batu 13, Jalan Puchong di sini, hanya menyelongkar makanan dan sempat membancuh milo sebelum tertidur.

Guru bertugas di taska terbabit berkata, sebaik menyedari kehadiran murid dan guru, lelaki yang hanya memakai seluar dalam melarikan diri melalui pintu belakang premis.

“Ketika memasuki taska, rakan memberitahu dia nampak seorang lelaki berseluar dalam sedang tidur nyenyak. Apabila menyedari kehadiran kami, dia melarikan diri.

“Bagaimanapun, rakan saya mengenali suspek yang dikatakan bapa saudara kepada seorang murid di taska ini,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Puchong berhubung insiden 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!