5 Ogos 2016


Madrid: Satu pasangan suami isteri berjaya memenangi satu pertikaian untuk menamakan anak lelaki mereka Lobo yang bermaksud serigala dalam bahasa Sepanyol.

Ignacio dan isterinya, Maria dikurniakan anak sulung pada 12 Julai lalu dan merancang menamakan bayi berkenaan Lobo.

“Beberapa bulan sebelum kelahiran bayi ini, kami sudah merancang menamakannya Lobo kerana kami menyayangi serigala dan nama itu juga unik dan penuh dengan karakter.

“Tidak adil kriteria untuk menamakan anak ditentukan pegawai pendaftaran sedangkan ibu bapa yang mendidik, membimbing dan menyayangi anak berkenaan sepanjang hayat mereka,” kata Ignacio.

Bagaimanapun, apabila mahu mendaftarkan nama anaknya secara rasmi di pejabat pendaftaran Fuenlabrada, permohonannya ditolak.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!