18 Ogos 2016


AMERIKA SYARIKAT. Lupakan watak kartun haiwan laut seperti Nemo atau Dory kerana ahli biologi sudah menjumpai sotong paling comel di dunia sebenar bulan lepas.

Robot penyelidikan E/V Nautilus milik sekumpulan ahli biologi berjaya mengesan seekor sotong jenis 'stubby' yang mempunyai karekteristik mata tersembul bewarna unggu.

Sience Alert mengatakan ahli biologi menyifatkan penemuan tersebut sebagai jarang ditemui dan sotong dari keluarga sotong Rossia Pacifica sebagai paling comel.

Juga dikenali sebagai 'dumpling squid', ahli biologi sebelum ini hampir tersilap menyamakannya dari spesis 'cuttle fish' yang hampir menyerupai sotong.

Spesis berkenaan menghabiskan seluruh masanya bertapak di laut dalam dan selalunya menanam diri mereka di dalam pasir.

Sotong jenis ini juga boleh dijumpai di dasar laut dalam dari Jepun sehinggalah California Selatan dan boleh dijumpai hidup sedalam 1,300 meter di dalam laut.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!