19 Ogos 2016


Datuk Zainal Osman Mohd, suami pelakon Datin Anita Rafar, meninggal dunia dalam pesawat ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Dubai hari ini.

Ahli perniagaan berusia 60-an itu dipercayai mengalami serangan jantung sebelum meninggal dunia kira-kira 6 pagi tadi.

Berita kematian Zainal Osman disahkan adik-adik Anita iaitu Linda dan Diana, yang juga pelakon, melalui laman Instagram masing-masing hari ini.


Berikutan kematiannya, jenazah Allahyarham kemudian diturunkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai, India, dan dibawa ke sebuah hospital bagi bedah siasat.

Bagaimanapun, punca sebenar kematiannya masih tidak diketahui.

Difahamkan, Konsulat Jeneral Malaysia di India akan membantu urusan membawa pulang jenazah ke tanah air, sebelum dibawa ke kediamannya di Seksyen 6 di sini.

Anita pernah aktif berlakon bersama adik-adiknya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!