23 Ogos 2016


Sekiranya jam loceng tradisional dengan bunyi kuat masih tidak dapat membangunkan segelintir orang, sebuah syarikat di Jepun tampil dengan inovasi unik yang mampu memberi penyelesaian bagi golongan tersebut.

Jam loceng yang dikenali sebagai Jikkalarm itu mempunyai cara berlainan untuk memba­ngunkan penggunanya iaitu de­ngan mengeluarkan bunyi nya­ring dan bau seperti dari dapur yang pasti membuatkan seseorang bangkit dari katil serta-merta.

Portal msn.com melaporkan, Jikkalarm yang bermaksud rumah dan penggera dihasilkan lengkap dengan pisau, papan pemotong dan mangkuk kecil yang selalunya digunakan untuk mengisi sup miso, makanan tradisonal Jepun.

Uniknya, apabila penggera jam itu diaktifkan menggunakan sambungan dengan telefon pintar, Jikkalarm akan mula mengeluarkan bunyi nyaring selain daripada pisau tersebut mencincang sesuatu atas papan pemotong dan juga bau sup miso.

Keadaan itu sekali gus membuatkan pengguna segera ba­ngun dari tidur kerana bunyi pisau yang mencincang agak menakutkan kerana begitu dekat di telinga.

Selain itu, pengguna juga boleh mengawal kelajuan dan bunyi penggera jam tersebut.

Pengeluar Jikkalarm, Nanka bagaimapun masih belum memasarkan produk tersebut secara meluas sebaliknya akan memperkenalkannya kepada umum pada Pameran Pengguna Tokyo 2016 dalam masa terdekat.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!