24 Ogos 2016


Pelakon jelita, Erra Fazira memilih untuk terus mengunci mulut apabila ditanya mengenai hubungan cintanya dengan penyanyi Shahir.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 42, menegaskan, pada masa ini dia sangat selesa berkawan dengan Shahir atau Ahmad Shahir Zawawi, 27.

“Sama ada dari mulut saya atau dia kami tidak pernah mengaku apa-apa pun dan kami hanya mengaku memang berkawan,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran wangian yang menggunakan namanya di sini hari ini.

Tambah Erra lagi, selama ini pun, dia dan Shahir hanya berhubungan menerusi telefon dan aplikasi WhatsApp sahaja.

“Setakat ini kami masih lagi di fasa berkawan dan bukan seperti yang dihebohkan oleh orang ramai. Jumpa pun susah macam mana nak melangkah ke fasa seterusnya. Saya minta semua peminat doakan yang terbaik untuk kami,” pintanya lagi.

Erra turut menafikan khabar angin yang mendakwa dia dan Sharir akan disatukan sebagai suami isteri pada tahun ini.

“Siapa yang cakap kami akan bersatu? Tidak ada daripada mulut saya dan tidak juga saya ketahui daripada mulut dia (Shahir). Apa yang keluar daripada mulut kami adalah, ya, kami berkawan dan berada di fasa mengenali, itu saja.

“Tak ada apa-apa perjanjian nak bertunang seperti yang dikecohkan. Daripada hari tu lagi, saya cakap berita itu tidak betul. Saya tak taulah kalau ada orang masih percaya,” kata Erra lagi.

Menurut Erra, apa yang dikesalkannya ialah apabila kisah dia dan Shahir diuar-uarkan di media sosial secara berlebihan secara tidak langsung akan membuatkan masyarakat di luar mudah mempercayainya.

“Saya tak jumpa dia dan dia juga tak hilang. Itulah kalau orang asyik menguar-uarkan berlebihan, orang ingat kami dah melangkah ke fasa seterusnya. Saya jumpa pun tidak. Kali terakhir saya jumpa setahun lebih yang lalu,” katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!