4 Ogos 2016


Ayah seorang tentera Muslim Amerika Syarikat yang mati ketika berkhidmat di Iraq, mengoncang pentas Konvensyen Nasional Parti Demokrat dengan pidatonya yang menggesa agar rakyat  Amerika Syarikat menolak calon presiden daripada Parti Republik, Donald Trump.

Khizr Khan, ayah kepada kapten Humayun Khan, 27, yang mati dalam serangan bom bunuh diri di Baghdad 12 tahun lalu, mengatakan kalau Trump yang berkuasa dan menjalankan tindakan melarang Muslim memasuki Amerika Syarikat, anak lelakinya itu tidak akan menyertai tentera AS.

"Donald Trump terus-menerus menghina karakter kaum Muslim. Dia menghina kelompok minoriti  lainnya, perempuan, hakim, dan bahkan pimpinan partinya sendiri. Dia bersumpah untuk mendirikan tembok dan melarang kami masuk ke negeri ini.

"Pernahkan anda (Trump) berkunjung ke Pemakaman Arlington? Ke sana dan lihatlah makam-makam para patriot yang meninggal dunia kerana membela Amerika Syarikat. Anda akan melihat semua agama, kaum, jantina, dan etnik," ujarnya dalam pidato yang ditujukan kepada Trump di hari penutupan konvensyen tersebut.

Sementara itu, Khizr dalam ucapannya dalam satu ketika telah mengeluarkan sebuah buku Perlembagaan Amerika dan menyindir Trump.

"Donald Trump, anda meminta rakyat Amerika untuk mempercayakan masa depan mereka kepada anda. Izinkan saya bertanya, pernahkah anda membaca tentang Perlembagaan  Amerika Syarikatt?

"Saya akan dengan senang hati meminjamkan buku ini. Dalam dokumen ini, carilah kalimat 'kemerdekaan dan perlindungan yang setara berdasarkan undang-undang," ujarnya.

Ucapannya itu, ternyata mendapat tepukan gemuruh hadirin yang menghadiri konvensyen tersebut.

Khizr Khan lahir di Pakistan dan membawa keluarganya dari Emeriyah Arab Bersatu (UEA) ke Boston, AS, pada 1980 untuk belajar undang-undang di Harvard University. Dia sekarang tinggal di Charlottesville, Virginia dan bekerja sebagai konsultan undang-undang.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!