21 September 2016


HONG KONG . Seorang jutawan menghadiahkan lapan telefon bimbit iPhone 7 kepada anjingnya ketika orang ramai masih mendapatkan model telefon berkenaan.

Menurut laporan CNN, Wang Sicong menghadiahkan telefon bimbit berkenaan kepada anjing baka Alaskan Malamutenya yang dinamakan Coco.

Perkara tersebut menjadi viral selepas Wang memuatnaik foto anjing bersama telefon berkenaan di laman sosial Weibo.

Pada tahun lepas, Wang menimbulkan kemarahan orang ramai apabila memakaikan dua jam Apple Watches yang bernilai lebih RM153,255.85.

Wang dikenali penduduk tempatan sebagai 'orang kaya generasi kedua' iaitu anak atau waris keluarga kaya-raya atau 'tycoon' yang suka menunjuk-nunjuk.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!