1 September 2016


Satu garis panduan baharu diwujudkan dengan harapan stesen televisyen di China mengharamkan rancangan atau iklan yang mempromosikan budaya barat.

Menurut agensi berita Xinhua, pengharaman tersebut juga merangkumi sebarang unsur jenaka mengenai tradisi China.

"Mereka (stesen televisyen) perlu mengelak dari meletakkan artis, jutawan atau selebriti internet di atas 'takhta," kata kenyataan dari agensi tersebut.

Hal peribadi atau pergaduhan di arntara ahli keluarga juga dilarang, kata Xinhua.

Pengharaman tersebut bukan satu-satunya unsur yang dilarang siarannya di China.

Kerajaan China mengharamkan belahan buah dada (cleavage) selepas drama berkaitan maharaja wanita China 'The Saga of Wu Zetian' menayangkan unsur berkenaan.

China juga melarang sebarang unsur yang mempromosikan rokok, meminum arak, pergaduhan dan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

Selain itu, China melarang keras tayangan yang mengandungi unsur homoseksual, sumbang mahram dan penderaan seksual.

Drama sains fiksyen yang berkaitan dengan pengembaraan masa (time travel) kerana didakwa mencipta kontroversi, mitos dan 'plot cerita yang pelik'.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!