28 September 2016


Tentera Filipina berjaya membunuh dua adik-beradik Muktadil iaitu Nikson dan Brown yang merupakan suspek utama dalam siri penculikan bagi tebusan atau 'Kidnapping For Ransom' di pantai timur Sabah.

Jurucakap pusat kawalan Tentera Barat Mindanao, Mejar Filemon Tan Jr berkata mereka berjaya dibunuh dalam operasi khas tentera Filipina di bandar Pata, pada Selasa.

Beliau yang dipetik portal berita Inquirer.net berkata adik-beradik Muktadil itu mati ditembak selepas bertembung dengan sekumpulan tentera yang sedang melakukan operasi ke atas Kumpulan Abu Sayyaf di Kepulauan Tambulian.

Menurutnya, Nikson dan Brown dipercayai terbabit dalam melakukan penculikan bagi tebusan ke atas 26 rakyat Malaysia dan Indonesia di perairan Malaysia, Indonesia serta Filipina sejak beberapa tahun lalu.

Beliau percaya, kematian dua beradik Muktadil itu dijangka memberi tamparan kepada kumpulan Abu Sayyaf serta pemimpin kanannya, Alhabsy Misaya.

Ini kerana mereka pakar serta perancang utama kumpulan itu dalam melakukan penculikan di laut.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!