22 September 2016


Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak terpaksa menggunakan trak untuk memindahkan pesakit dengan berat berlebihan.

Penolong Pengarah Operasinya Farhan Sufyan Borhan berkata khidmat bomba terpaksa digunakan selepas van ambulans yang digunakan tidak dapat memuatkan lelaki berkenaan.

Panggilan diterima kira kira  jam 11 pagi.

Bomba kemudiannya mengerahkan empat anggota untuk membantu mengangkat mangsa menggunakan lori.

Pesakit itu, Sia Chee Herng, 33 tahun, yang mempunyai berat badan 250 kilogram dipindahkan dari rumahnya di Ulu Sungai Merah ke Hospital Sibu.

Selain obesiti, Chee Herng turut mengalami pelbagai masalah kesihatan yang lain.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!