28 September 2016


Seorang lelaki mendakwa jari kelengkeng tangan kirinya hampir putus digigit oleh isterinya di sebuah rumah di Kampung Lereng Bukit di sini kelmarin.

Lelaki berusia 26 tahun itu membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Pusat Miri di sini kira-kira pukul 10 pagi.

Menurut sumber, sebelum insiden kira-kira pukul 11.30 malam itu, mang­sa dikatakan baru sampai di rumah selepas keluar membeli barang keperluan di sebuah pasar raya di sini.

Bagaimanapun katanya, belum sempat lelaki berkenaan melepaskan lelah, tiba-tiba isterinya datang menghampirinya dalam keadaan marah sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

“Keadaan menjadi semakin tegang apabila wanita yang tidak berpuas hati itu gagal mengawal perasaannya sebelum dia menggigit jari kelengkeng suaminya.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!