30 September 2016


Sebuah Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman mati ke atas ketua kumpulan samseng yang disabitkan merogol dan membunuh seorang pelajar perempuan, April lalu. 

Ketua kumpulan dikenali sebagai Zainal itu dijatuhi hukuman mati, manakala empat lelaki lain dijatuhi hukuman penjara 20 tahun kerana bersubahat merogol pelajar berusia 14 tahun dalam kes membabitkan 14 lelaki, termasuk lapan remaja. 

Mangsa dikatakan diserang ketika dalam perjalanan ke sekolah. Jenazah remaja malang itu ditemui dalam kebun getah beberapa hari selepas ibu bapanya melaporkan kehilangannya. 

Keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak kerap berlaku di Indonesia, namun insiden rogol beramai-ramai jarang berlaku. 

Kes itu mengejutkan negara keempat paling padat di dunia sehingga menyebabkan Presiden Joko Widodo menandatangani satu peraturan membenarkan hukuman lebih berat ke atas perogol kanak-kanak, termasuk mati dan pengembirian kimia. 

Peraturan itu masih menunggu kelulusan parlimen. "Disebabkan jenayah kejam dilakukan, mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atas Zainal," kata Hakim bersidang Henny Faridha. 

Menurut polis, sebelum itu, tujuh anggota kumpulan terbabit dipenjara selama 10 tahun, sementara seorang diarahkan mengikuti program pemulihan selama setahun, manakala seorang suspek masih diburu. 

Anggota termuda kumpulan itu berusia 13 tahun. Ibu bapa mangsa, yang hadir di mahkamah berkata, hukuman itu tidak mencukupi. 

"Mereka semua patut menerima hukuman mati," kata Yana, ibu mangsa kepada wartawan sambil menangis.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!