Mexico tidak akan membayar untuk sebarang pembinaan tembok oleh Amerika Syarikat, kata Presiden Enrique Pena Nieto sempena lawatan calon presiden Republikan, Donald Trump, pada Rabu.
"Pada permulaan perbualan dengan Donald Trump, saya menjelaskan bahawa Mexico tidak akan membayar untuk tembok itu," kata Pena Nieto menerusi Twitter, sebagai merujuk tembok sempadan yang Trump janjikan pembinaannya jika beliau dipilih sebagai presiden Amerika Syarikat.