27 September 2016


Buat pertama kali majalah Playboy akan menampilkan wanita Islam berpakaian sopan dan berhijab utuk edisi Okober 2016, bukannya wanita bogel seperti kebiasaannya.

Wartawan Amerika Syarikat, Noor Tagouri, 22, akan muncul dalam edisi ‘Renegades’ dengan memakai seluar jeans serta jaket kulit.

Wanita itu yang mahu menjadi penyampai televisyen berhijab pertama di televisyen Amerika, kini menerbitkan berita dalam bentuk video pendek untuk Newsy.

Kemunculannya dalam majalah Playboy itu mendapat perhatian masyarakat dunia, ramai yang menyokong namun ramai juga yang mencemuh namun Noor berkata, dia tidak peduli.

“Ia memberi kekuatan kepada saya untuk melakukan tugas seharian. Laporan berita saya tidak akan terjejas semata-mata kerana saya berhijab,” katanya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!