27 September 2016


Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJK) bercadang mengadakan siri jelajah seluruh negara bagi mempamerkan sofa terpanjang Malaysia. Sofa berkonsep kitar semula diperbuat daripada jeans terpakai berukuran 52.5 meter diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai sofa terpanjang pada 8 April lalu. 

Penyelaras program Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia, Asmassura Tokiman, berkata program jelajah anjuran PSJK dengan kerjasama Pusat Latihan Kraftangan Epal itu bagi mempamer kreativiti sumbangan pelbagai peringkat masyarakat. 

Katanya, setakat ini siri jelajah diadakan di AEON Shah Alam pada Mei, Palm Mall Seremban dan AEON Klebang, hari ini. 

"Sofa ini dijahit oleh lebih 1,000 peserta membabitkan pelajar, kakitangan jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan institusi seluruh negara secara berperingkat selama enam bulan. 

"Seramai 40 banduan turut menyumbang tenaga dalam menyiapkan kreativiti sofa unik yang boleh memuatkan 140 orang pada satu-satu masa," katanya ketika ditemui di pameran berkenaan di sini, hari ini. 

Asmassura berkata, pihaknya akan meneruskan siri jelajah ke Berjaya Megamall Kuantan, Pahang diikuti Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Katanya, sofa dipamerkan selama 10 hari di setiap lokasi terpilih.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!