18 Oktober 2016


Pakaian berwarna hitam menerima permintaan tinggi dan dilaporkan kehabisan stok selepas rakyat Thailand berpusu-pusu membelinya untuk berkabung susulan permintaan kerajaan supaya orang ramai berkabung selama setahun atas kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadel.

Kedai-kedai di seluruh negara meletakkan pakaian hitam di rak hadapan ekoran menjadi barangan paling laris ketika ini.

“Semua baju-T hitam habis dijual pagi tadi (kelmarin). Kami hanya ada pakaian putih untuk dijual pada waktu tengah hari,” kata seorang pekedai, Pornthep Charoenkulsak.

Selain hitam, pakaian berwarna putih dan warna gelap lain masih boleh digunakan untuk tujuan berkabung

“Perniagaan kami terjejas ke­rana kekurangan bahan mentah untuk memenuhi permintaan,” kata jurucakap kilang Thai Textile Industry Public Company Limited di Bangkok kepada agensi beri­ta dpa.

“Permintaan tinggi untuk tekstil hitam dan putih bukan hanya untuk dijadikan pakaian tetapi juga sebagai hiasan,” tambahnya.

Kain hitam juga digunakan untuk menghiasi potret Bhumibol.

Dalam pada itu, sebahagian individu di Thailand dikecam kerana tidak berpakaian hitam untuk menunjukkan ke­setiaan kepada raja mereka.

Pegawai-pegawai kerajaan Thai­land bagaimanapun meminta orang ramai bertenang dan memahami keadaan mereka yang mungkin tidak mampu membeli pakaian berwarna hitam.

“Mereka ini boleh memakai simbol berkabung seperti reben hitam atau tali leher kupu-kupu,” kata jurucakap kerajaan, Sansern Kaewkamnerd.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!