14 Oktober 2016


AMERIKA SYARIKAT. Seorang bayi perempuan yang lahir dengan lidah bersaiz manusia dewasa terpaksa melalui dua pembedahan.

Menurut laporan Dailymail, lidah milik Paisley Morrison-Johnson terlalu besar dan menyebabkan beliau mempunyai kesukaran bernafas.

Bayi malang berkenaan difahamkan lahir bersama gangguan tumbesaran yang dikenali sebagai sindrom Beckwith Wiedemann.

Sejak dilahirkan, Paisley terpaksa diberi makanan melalui tiub yang dibedah melalui perutnya dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Ketika berusia 6 bulan, lidah Paisley dibedah dan saiznya dikurangkan, tetapi kembali membesar beberapa bulan kemudian sehingga terkeluar dari mulut.

Enam bulan lalu, Paisley yang kini berusia 16 bulan melalui pembedahan kedua dan kali ini mampu tersenyum dan mengeluarkan suara.

"Lidahnya (sebelum ini) memenuhi ruang mulutnya, sangat tebal hingga terkeluar dari mulut," kata ibu Paisley, Madison Kienow, 21.

Kata Madison, lidah Paisley sentiasa berada di luar mulutnya.

"Selepas dibedah kali kedua, saya berjaya melihat anak saya senyum untuk kali pertama.

"Ia sangat bermakna untuk saya dan suami saya. Paisley juga boleh bernafas dan menikmati makanan secara normal sekarang," jelas Madison.

Walaupun begitu, doktor masih mengikuti perkembangan Paisley dan berharap lidahnya tidak membesar selepas pembedahan kedua.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!