13 Oktober 2016


Beratus-ratus orang berkumpul di luar Hospital Besar Siriraj, Bangkok bagi mendoakan kesihatan Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej yang dikatakan semakin gering dan semakin tenat.

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha turut membatalkan semua program rasmi beliau dan turut berada di hospital bersama-sama keluarga diRaja yang lain.

Raja Bhumibol yang sudah berusia 88 tahun merupakan raja yang paling lama memerintah di dunia dan sangat dimuliakan oleh rakyat negara itu kerana komitmen besar terhadap kebajikan termasuk krisis melanda selama ini.

Ahad lepas, pihak istana telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan baginda gering dan digantung semua tugas diRaja.

Kali terakhir baginda dilihat dikhalayak ramai pada 11 Januari lepas, selepas itu baginda dikatakan lebih banyak menghabiskan masa di istana dan hospital kerana pelbagai jenis penyakit dialami baginda. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!