14 Oktober 2016


Sejumlah penduduk di sini menggunakan media sosial semalam untuk meluahkan kemarahan mereka selepas seorang menteri menggesa pasangan yang tidak mempunyai anak melakukan seks jika mereka mahu diberi keutamaan untuk mendapatkan perumahan awam.

“Anda hanya memerlukan ruang yang kecil untuk mengadakan seks,” kata Menteri Kanan Negara, Josephine Teo kepada akhbar The Straits Times kelmarin.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kenyataan golongan muda yang mengatakan mereka tidak boleh hamil jika tidak diberi peluang tinggal bersama di dalam flat terlebih dahulu.

Rata-rata penduduk di negara itu mengkritik kenyataan Teo di beberapa laman web yang turut menyiarkan gambar melakukan hubungan seks seperti di tangga, tandas orang kelainan upaya dan bilik tidur ibu bapa mereka.

Satu tinjauan The Straits Times me­nunjukkan bahawa 92 peratus penduduk percaya pasangan suami isteri sepatutnya mendapatkan sebuah flat terlebih dahulu sebelum mempunyai seorang anak.

Sebagai reaksi balas kritikan itu, Teo menulis di Facebook meminta supaya satu perbincangan jujur dan berhemah dilakukan mengenai isu tersebut.

“Satu generasi baharu perintis kini sedang muncul terutama dari segi bagaimana mereka memenuhi kehendak keluarga dan aspirasi kerjaya dalam cara imiginasi baharu,” katanya.

Di bawah skim perumahan dan pe­rancangan keibubapaan, pasangan suami isteri yang memiliki anak atau bakal menimang bayi diberi keutamaan untuk menerima kemudahan perumahan awam.

Negara berkenaan telah memper­kenalkan pelbagai inisiatif untuk menggalakkan rakyatnya mendapatkan anak memandangkan tahap kesuburan hanya pada 1.3 kelahiran bagi setiap wanita.

Ia menyebabkan negara berkenaan menduduki tangga kelima tahap kesu­buran terendah di dunia, menurut Bank Dunia.

Malah, pemerintah negara itu turut menyediakan wang bonus sebanyak AS$7,220 (RM30,390) kepada pasangan yang melahirkan anak ketiga.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!