7 Oktober 2016


Pas menegaskan pendirian tidak akan menjalinkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan mana-mana parti yang bersekongkol dengan DAP.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, pendirian itu adalah berdasarkan kepada sikap DAP yang masih tegar menentang Islam yang diperjuangkan oleh Pas.

“Sifir mudah bagi mereka yang mahu bersama Pas adalah meninggalkan DAP dan datang kepada Pas dengan semangat setiakawan yang tinggi.

“Mereka juga mesti mematuhi syarat mudah iaitu menghormati prinsip perjuangan Pas,” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau hari ini.

Beliau mengulas tentang tindakan parti dalam pakatan pembangkang cuba memancing Pas untuk bergabung bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) dengan formula satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Nasrudin menyifatkan pihak tertentu sedang mengalami delusi ekoran terlalu yakin tindakan terburu-buru mereka menubuhkan parti-parti baharu akan memberi kemenangan dalam masa singkat.

Menurut beliau, bukan sesuatu yang pelik apabila mereka menyerang Pas secara berterusan malah mereka turut menghina dan memperkecilkan kemam­puan Pas.

“1,001 fitnah serta tohmahan telah dilontarkan kepada Pas, kononnya Pas makan dedak UMNO, mesra UMNO, masuk perangkap UMNO, ditipu oleh UMNO dan sebagainya,” jelasnya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!