19 Oktober 2016


Wanita pertama Syria, Asma al-Assad, berkata beliau menolak beberapa tawaran untuk melarikan diri dari negara dilanda perang itu bersama anak-anaknya, menurut temuramah dengan penyiar Russia24 yang disiarkan hari ini. 

Ulasan itu adalah sebahagian temuramah pertama wanita kelahiran British itu dengan media antarabangsa sejak pergolakan Syria meletus pada 2011 dengan tuntutan supaya suaminya, Bashar disingkirkan. "Saya tidak pernah terfikir untuk ke mana-mana. 

Ya, saya ditawarkan peluang meninggalkan Syria atau melarikan diri dari Syria. "Tawaran ini termasuk jaminan keselamatan dan perlindungan buat anak-anak saya, malah jaminan kewangan," kata wanita berusia 41 tahun itu. 

Asma berkata, niat pihak yang membuat tawaran sedemikian tidak memerlukan bijak pandai untuk menilainya. "Ia bukan semata-mata kerana kesejahteraan saya atau anak saya, ia adalah cubaan sengaja untuk memusnahkan keyakinan rakyat terhadap presiden," katanya. 

Perkahwinan Asma dengan Bashar diumumkan media tempatan kira-kira enam bulan selepas beliau mengambil alih jawatan presiden pada Julai 2000 susulan kematian bapanya, Hafez. Bekas pegawai pelaburan itu menggelar dirinya sebagai penyokong hak progresif dan dilihat pemimpin moden dinasti Assad. 

Asma tidak banyak membuat kemunculan umum di khalayak ramai dalam beberapa tahun pertama kebangkitan, namun dilihat aktif sejak dua tahun lalu. Ibu tiga anak itu kuat menyokong suaminya dalam kemunculan jarang di khalayak ramai, bergambar selfie bersama penyokongnya dihantar ke akaun Instagram presiden. 

Dengan angka kematian dalam konflik Syria kini sekurang-kurangnya 300,000 orang, Asma dilihat tersenyum di samping anak-anaknya dalam imej dikecam Amerika Syarikat sebagai "aksi PR yang keji."

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!