6 Oktober 2016


Bekas gitaris utama kumpulan Bumiputera Rockers (BPR), Ibrahim Musa yang lebih dikenali Yem C meninggal dunia pada usia 54 tahun selepas bertarung dengan penyakit kanser tulang tahap empat.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Sungai Rambai, kira-kira pukul 8.30 malam semalam, di sisi isteri dan tiga orang anaknya serta sahabat-handai.

Jenazahnya kemudian disolatkan di Masjid Sungai Rambai yang turut disertai sanak-saudara, kenalan dan penduduk kampung sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Tanah Merah hari ini.

Yang turut melawat jenazah Allahyarham ialah Ahli Dewan Undangan Sungai (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Abdul Rahman; selain rakan seperjuangan seni, antaranya bekas anggota BPR, Norazaman Naim; vokalis kumpulan Gamma, Rosli Mohd. Syariff dan vokalis kumpulan Kasawari, Ahmad Lufti Ibrahim.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Sabrina Maria Abdullah, 46, bersama empat anak yang berusia antara 14 hingga 19 tahun.

Penderitaan Yem C sebelum ini mendapat perhatian orang ramai, selain dijadikan keluarga angkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai.

Sementara itu, Hasan berkata, pihaknya juga telah sepakat untuk terus membantu keluarga bekas anggota BPR itu meneruskan kehidupan.

“Kita semua juga telah bersetuju untuk menguruskan per­belanjaan harian, tempat tinggal dan persekolahan anak-anak arwah bagi memastikan kehidupan mereka terbela,” katanya.

Sementara itu, Norazman yang mengenali arwah pada awal era 80-an memberitahu, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar dalam industri muzik.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!