7 Oktober 2016


Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah dinilai sebagai 'sangat baik' dalam satu tinjauan pendapat pada 90 hari pertamanya sejak memegang jawatan itu.

Kajian dijalankan agensi Stesen Cuaca Sosial (SWS) yang dikeluarkan semalam, mendapati hanya 11 peratus daripada 1,200 rakyat Filipina menyatakan rasa tidak puas hati terhadap prestasi beliau.

Keputusan itu memberikan Duterte penarafan bersih sebanyak 64 peratus, permulaan lebih baik berbanding mantan presiden terdahulu termasuk Benigno Aquino, Joseph Estrada dan Gloria Macapagal Arroyo.

Difahamkan, kajian dijalankan secara bersemuka dengan responden bermula 24 hingga 27 September lalu, selepas Duterte berbalah dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berhubung kempen anti dadahnya.

Sementara tu, dalam satu lagi kajian agensi pengundian Pulse Asia yang dijalankan kurang sebulan selepas Duterte menjadi presiden pada 30 Jun lalu menunjukkan, beliau meraih 91 peratus untuk kepercayaan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!