14 Oktober 2016


PAKATAN pembangkang terpaksa beria-ia mengajak Pas menyertai himpunan haram Bersih 5.0 mereka kerana tidak mahu dicap nanti cuma dido­mi­nasi penyokong tegar DAP.

Tahun lalu Bersih 4.0 dikuasai penyokong Cina parti ‘Dinasti Lim’ itu. Ini sehingga mencetuskan kontroversi dan kemarahan apabila gambar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut dipijak bersama gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

DAP sedar tanpa Pas, pembangkang tidak boleh mengharapkan PAN dan PKR. PAN yang juga parti serpihan Pas hanya ‘indah khabar dari rupa’ untuk DAP bergantung harap.

PAN tiada akar umbi. Demikian juga PKR di Selangor dan Pulau Pinang amat mengharapkan ihsan jentera pilihan raya Pas untuk menang dalam pilihan raya umum lalu. Ini termasuklah dalam siri pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Di Pulau Pinang, walaupun Pas hanya memiliki satu kerusi DUN di Permatang Pasir, DAP dan PKR masih bergantung kepada akar umbi Pas.

Maka tepat sekali pendirian Pas untuk tidak menyertai Bersih 5.0 yang dijadualkan 19 November depan.

DAP tidak wajar lagi menagih simpati atau bantuan apa pun daripada Pas. Perbuatan DAP yang memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi pada suatu ketika yang ada kaitan dengan pembentangan satu rang undang-undang (RUU) persendirian di Parlimen, melukakan ahli dan penyokong Pas.

Perbuatan DAP itu sama se­perti menolak Pas. Tolak pre­siden sama macam mengetepikan parti.

Sekurang-kurangnya Pas ada maruah dan prinsip menolak penyertaan dalam Bersih 5.0.

Setiap kali himpunan haram Bersih, sebanyak 36 stesen televi­syen di seluruh dunia akan ‘menjaja’ himpunan haram itu yang mengakibatkan nama baik Kuala Lumpur dan Malaysia tercemar.

Biarkan Bersih 5.0 berjalan dengan dikepalai Maria Chin yang ketawa besarnya masih diingati ketika dipanggil memberi keterangan mengenai penganjuran demonstrasi jalanan itu di Ibu Pejabat Kontinjen polis Kuala Lumpur tahun lalu.

Biarkan Bersih kali ini ditunggangi DAP.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!