21 Oktober 2016


Pencipta lampin pakai buang pertama di dunia, Valerie Hunter-Gordon me­ninggal dunia pada usia 94 tahun di rumahnya di Beauly, Inverness-shire, Scotland pada Ahad lalu.

Wanita itu mendapat ilham untuk mencipta lampin tersebut sekitar tahun 1940-an setelah bosan membasuh kain lampin dua anaknya ditambah pula bakal menimang cahaya mata yang ketiga.

Ketika itu, Hunter-Gordon yang berusia 24 tahun merupakan suri rumah sepenuh masa manakala suaminya, seorang pegawai tentera.

Hunter-Gordon teruja mencipta lampin pakai buang apabila mendapati tiada sesiapa yang pernah melakukannya jus­teru dia menggunakan mesin jahit jenis Singer untuk menghasilkan prototaipnya yang pertama menggunakan jenama Paddi.

Menurut laporan Mail Online, pada awalnya reka bentuk lapik kapas pakai buang lampin itu diperbuat daripada bahan nilon payung terjun dan produk itu mendapat sambutan hangat daripada kaum ibu di Kolej Kakita­ngan Tentera di Surrey.

Selepas beberapa kali melakukan pengubahsuaian, dia berjaya menghasilkan lampin pakai buang yang sempurna.

Pada mulanya, pelbagai na­ma telah dicadangkan untuk lampin itu seperti Valette, Snappy, Napkins dan Drypad tetapi nama Paddi dipilih selepas suaminya,Patrick yang berpangkat Mejar mengadakan mesyuarat dengan sekumpulan pegawai kanan askar.

Hunter-Gordon yang merupakan cucu seorang pencipta, Sir Vincent de Ferranti, berjaya menggunakan hubungan keluarganya untuk mendapatkan nama Paddi dipatenkan.

Namun pada tahun 1960-an, produk berkenaan mengalami kemerosotan berikutan kemunculan Pampers dan lampin serba guna.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!