19 Oktober 2016


HONG KONG. Panda paling tua di dunia telah dimatikan (euthnasia) Ahad lepas kerana kesihatannya merosot.

Menurut laporan CNN, Panda yang diberi nama Jia Jia berkenaan berusia 38 tahun dan sudah mendiami Zoo Ocean Park selama 17 tahun.

Ocean Park dalam kenyataannya berkata, kesihatan Jia Jia semakin menurun dan selera makannya berkurangan.

Keadaan tersebut menyebabkan berat badan Jia Jia turun dan keadaan semakin meruncing Ahad lalu.

Untuk mengelakkan ia terus terseksa, pihak zoo membuat keputusan untuk mematikan Jia Jia.

Ahli veterinar mengadakan prosedur euthnasia pada jam 6 petang hari yang sama.

Ia yang juga digelar 'nenek panda' sebelum ini dilaporkan mengalami beberapa penyakit geriatrik termasuk tekanan darah tinggi, arthritis dan menghidap katarak.

Panda dianggarkan mencapai umur bawah 20 tahun jika hidup secara liar manakala atas 20 tahun jika dibawah jagaan manusia.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!